21 Dec 2011

Perkenalan Kumpulan

Kumpulan 5 terdiri daripada 5 orang ahli  dari kumpulan TS (A) iaitu :-

Leow Wei Teik - A138351
Lee Chun Wen - A138247
Muhammad Zainuddin Bin Wahid - A138351
Arieff Abdullah bin Abdul Muhaimin - A136578
Amir bin Mohd Zaini - A139170

20 Dec 2011

Penyiapan Laporan Akhir

Setelah semua semua perbentangan telah dilakukan,para pelajar dikehendaki membuat laporan akhir bagi projek yang telah dijalankan.Kami telah membahagi tugas kepada semua ahli kumpulan untuk menyiapkan laporan tersebut samada untuk subjek matematik dan juga statistik.

Laporan tersebut perlu dihantar 23 Disember 2011.
Kami telah berbincang bagaimana hendak menyiapkan laporan tersebut dan setelah perbincangan dilakukan,akhirnya laporan kami siap sepenuhnya untuk dihantar pada waktu yang telah ditetapkan. ^_^


15 Dec 2011

Presentation Programming C++

Rabu,bersamaan 14 Desember 2011,group TS(A) telah diminta untuk membentangkan program C++ masing-masing.Kami merupakan kumpulan pertama untuk membentangkan hasil kerja kami...

Berikut adalah "slide presentation" yang telah kami siapkan : 








10 Dec 2011

Perjumpaan menyiapkan "Slide show c++"

Setelah kerja untuk membuat sistem atur cara C++ selesai,kami kemudiannya membuat satu lagi perjumpaan untuk menyiapkan slide show mengenai sistem tersebut.
Kami perlu memberitahu bagaimana sistem ini berjalan.
Di samping itu,kami membuat flowchart dan juga algoritma untuk dimasukkan ke dalam power point tentang bagaimana proses sistem tersebut.
Kemudian,kami meletakkan coding sistem tersebut untuk di bentangkan.

7 Dec 2011

Sistem C++

Kami perlu membangunankan satu sistem untuk menilai samada makanan yang diambil oleh responden adalah seimbang atau tidak seimbang.
Ia dibuat melalui program C++ iaitu subjek yang perlu dikaitkan dalam projek tersebut.
Kami telah membincangkan bagaimana cara untuk melakukan proses penilaian tersebut.
Bagi subjek c++ pula,kami harus membentangkan sistem tersebut kepada tenaga pengajar.
Kami dikehendaki membuat satu flowchart bagi menunjukkan bagaimana proses tersebut berlaku dan penyataan masalah.

Perjumpaan

Setelah responden mengembalikan borang kaji selidik kepada kami semula,
kami telah mengadakan satu perjumpaan di kafe FTSM untuk membincangkan kerja-kerja seterusnya.

Kami mengumpul borang-borang tersebut dan mengagihkan kepada setiap ahli kumpulan untuk merekod dan menganalisis data.

Kami telah membentuk satu 'data table' untuk memudahkan kerja-kerja merekod.

Kami juga membincangkan bagaimana hendak membuat projek mengikut subjek-subjek yang lain seperti matematik dan statistik.

5 Dec 2011

Penyediaan Blog

Kami telah diarahkan membuat satu blog untuk subjek IT.
Blog itu perlu mengisahkan tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang menyiapkan projek bagi sem 1.

Dari awal persiapan projek sehinggalah ke pembentangan projek kepada tenaga pengajar.
Dr.Jamaiah telah menetapkan tarikh kepada semua pelajar iaitu pada
9 Disember 2011 untuk menunjukkan blog kumpulan masing-masing.


4 Dec 2011

Penyerahan Borang Soal Selidik

Apabila borang soal selidik siap dicetak sebanyak 48 set,kami telah mula mengedarkannya kepada para responden yang kami ingini iaitu kumpulan TS.Kami meminta jasa baik mereka untuk mengisi borang tersebut dengan jujur.Selepas mereka menghantar semula borang soal selidik itu,kami mendapati bahawa terdapat 7 set lagi belum dikembalikan.

2 Dec 2011

Membuat borang soal selidik

Kami telah bincang dan membuat borang soal selidik yang akan diedarkan kepada para responden untuk di analisa.Kami menyiapkan borang ini dalam tempoh 2 hari dan perjumpaan diadakan di kafe FTSM...



Dibawah adalah gambar-gambar borang tersebut :

Muka depan / Bahagian A


Muka surat 2

Muka surat 3

Muka surat 4 / Bahagian B

28 Nov 2011

Penyiapan Proposal

Setelah struktur proposal telah dibincangkan,kami meletakkan mengkaji amalan pemakanan pelajar bagi tahun satu sebagai tajuk proposal kami.




Berikut adalah contoh proposal yang telah kami siapkan




 



26 Nov 2011

Perancangan projek

Setelah diberikan kumpulan,kami membuat perjumpaan untuk merancang kerja-kerja selanjutnya.
Kami ada bertanya dengan setiap tenaga pengajar tentang bagaimana untuk melakukan projek ini dan mengumpul maklumat tersebut untuk merancang aktiviti seterusnya.


Perkara pertama yang kami harus lakukan ialah memikirkan satu masalah untuk dibincangkan dalam projek tersebut dan cara untuk menyelesaikannya.Setelah membincang tentang pelbagai masalah mengenainya
dan dengan persetujuan antara semua ahli,kami telah memilih masalah amalan pemakanan bagi tahun satu.
Kami mensasarkan responden adalah dari kumpulan TS.


Di samping itu,kami turut merangka masa kerja supaya ia lebih teratur dan efektif.